KUALA LUMPUR 18 April - Sindiket 'Macau Scam' dikesan memasuki episod terbaharu apabila tidak lagi didalangi rakyat asing sebaliknya mula ditiru rakyat tempatan untuk melakukan penipuan serupa.
Difahamkan, jika sebelum ini, rakyat China diterbangkan khas ke Malaysia untuk dijadikan operator telefon, hari ini sindiket itu mulai proses evolusi dengan menggunakan 'kakitangan' tempatan.
Selain itu, mangsa kini juga bukan lagi daripada kaum Cina sebaliknya kaum Melayu dan India turut 'terkena' dalam penipuan yang mencatatkan nilai kerugian jutaan ringgit itu.
Timbalan Pengarah Risikan dan Operasi, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) II, Datuk Abdul Ja- lil Hassan berkata, pihaknya mengesan terdapat warganegara Malaysia yang menjadi dalang dan mulai meniru modus operandi 'Macau Scam' dari China dan Taiwan.
Katanya, pihaknya telah mengesan terdapat aktiviti sebegitu berdasarkan beberapa aduan yang telah diterima baru-baru ini.
"Sindiket 'Macau Scam' ini berasal dari negara China dan telah merebak ke banyak negara terma- suk Malaysia. Biasanya penipuan ini menjadikan orang Cina sebagai mangsa serta pekerja sindiket didatangkan khas dari negara terbabit.
"Bagaimanapun, modus ope- randi sindiket itu mulai diguna pakai rakyat tempatan untuk menipu rakyat negara ini sama ada dari kaum Cina, Melayu atau India.
"Sindiket tempatan ini difahamkan belajar daripada penipuan 'Macau Scam' untuk menjalankan penipuan di negara ini. Lebih membimbangkan ramai mangsa yang telah terpedaya," ujarnya kepada Mingguan Malaysia, di sini hari ini.
Kelmarin, polis berjaya me- numpaskan kegiatan sindiket 'Macau Scam' yang dipercayai melakukan penipuan melibatkan kerugian lebih RM20 juta dengan tertangkapnya 52 orang terma- suk 26 wanita warga China dalam serbuan di enam kondominium mewah di ibu negara.
Kejayaan itu adalah yang terbesar pada tahun ini selepas polis menerima 15 laporan polis daripada mangsa dari negara China.
Sementara itu, dalam sidang akhbar di Subang Jaya, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata, Malaysia bukanlah hab kegiatan 'Macau Scam' kerana jenayah itu telah terjadi di banyak negara dengan modus operandi serupa.
"Polisi Malaysia yang mengetengahkan pendekatan mesra terhadap pelawat asing dan pelabur dari seluruh dunia telah diambil ke- sempatan sesetengah pihak untuk melakukan kegiatan jenayah. Maka dengan ini terjadilah banyak kes seperti 'Macau Scam'.
"Namun kita tidak berdiam diri sebaliknya penguatkuasaan demi penguatkuasaan dilaksanakan untuk membasmi kegiatan ini daripada terus berlaku dan sebab itulah banyak serbuan telah dilakukan di dalam negara," katanya.
Menurut beliau, PDRM juga sentiasa mendapat kerjasama daripada pihak berkuasa negara China dan berkongsi maklumat risikan dalam memantau jenayah itu daripada terus berleluasa.






0 comments :
Post a Comment