Sunday, April 12, 2015

Industri rumpai laut berpotensi besar di Sabah

Nasional - Utusan Online


Industri rumpai laut berpotensi besar di Sabah

METRA SYAHRIL MOHAMED
13 April 2015 1:39 AM

ISMAIL SABRI YAAKOB dan Jaujan Sambakong (empat dari kiri) menunjukkan

SEMPORNA 12 April - Industri rumpai laut khususnya di kawasan perairan atau kepulauan di daerah ini dilihat berpotensi besar untuk dimajukan dan dikembangkan sekali gus memberi pulangan lumayan kepada peng­­usahanya.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, walau bagaimanapun industri yang 'termaktub' di dalam salah satu projek di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) itu berdepan beberapa isu termasuk isu monopoli harga.

Untuk itu, jelasnya, kemente­riannya akan mewujudkan sebuah pusat pengumpulan rumpai laut bagi membolehkan hasil hidupan laut itu dapat terus dipasarkan tanpa melalui orang tengah.

"Oleh kerana ada sebuah sahaja kilang memproses rumpai laut di sini dan monopoli (harga), kita akan mendirikan kilang sama. Jadi, hasil pengusaha dapat dihantar terus ke kilang yang diwujudkan kerajaan itu, mungkin diuruskan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK).

"Kita mahu memperluaskan in­dustri ini, bukan dikuasai syarikat-syarikat besar sahaja," katanya dalam sidang akhbar selepas melawat Ladang Rumpai Laut PPK Semporna di Pulau Ligit-Ligitan, dekat sini hari ini.

Yang turut hadir Pembantu Men­teri Pertanian dan Industri Maka­nan negeri, Datuk Musbah Jamli dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulabayan, Datuk Jaujan Sambakong.

Ismail Sabri memberitahu, cadangan mewujudkan pusat pengumpulan dan kilang itu akan dilakukan menerusi bajet Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11).

"Kita akan bina kilang di sini ke­rana Semporna merupakan pengeluar terbesar rumpai laut. Kita akan perluaskan lagi, banyak lagi kawasan pulau yang boleh diwujudkan ladang-ladang rumpai laut," katanya.

0 comments :

Post a Comment