Sunday, April 19, 2015

PNB urus 200b unit saham

Korporat - Utusan Online
SIBU 19 April - Permodalan Nasional Berhad (PNB) berjaya menguruskan unit amanah saham mencapai 200 bilion dalam tempoh enam tahun hasil daripada pelbagai program kesedaran dijalankan meliputi segenap lapisan masyarakat.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata, sejak Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) ditubuhkan pada 1981 sehingga 2009, PNB menggembleng dana berjumlah 100 bilion unit tetapi jumlah itu meningkat sekali ganda sehingga tahun ini.

Katanya, pencapaian itu me­nunjukkan bahawa kesedaran masyarakat terhadap pelaburan unit amanah di bawah PNB semakin meningkat dari semasa ke semasa.

"Kita harapkan dengan pe­ngumuman Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2 ) yang baru diumumkan pada Mac lalu dengan mencatat agihan pendapatan 7.75 sen seunit walaupun baru dilancarkan tahun lalu dapat membuka mata masyarakat tentang pelaburan di bawah unit amanah PNB.

"Penganjuran program-program seperti Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) menjadi medan terbaik untuk mendedahkan kepada masyarakat tentang kepentingan melabur dan merancang kewa­ngan," katanya selepas melakukan lawatan ke tapak khemah MSAM 2015 di sini hari ini.

MSAM 2015 yang bermula hari ini hingga 27 April, akan dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, esok.

Sepanjang sembilan hari acara tersebut, pelbagai aktiviti pendidikan pelaburan dan pameran yang disertai 40 peserta terdiri daripada syarikat Kumpulan PNB, ejen-ejen ASNB, badan kawal selia serta agensi kerajaan dan swasta.

Antara program tersebut termasuklah pameran hartanah dan permotoran serta program yang dibawa oleh Rakan-rakan MSAM seperti Maybank Mewarnai Duniaku, CCM Interschool Showdown, Jejak Pelabur Bijak NSB, Jejak Pelabur Cilik I&P, Cabaran Pengurusan Kewangan ASNB, Pertandingan Cendekiawan Muda PNB dan Seminar Perancangan Kewangan. 

AirAsia akan tambah penerbangan ke Manila, Banda Aceh

Ekonomi - Utusan Online
Sekarang semua orang boleh terbang! Wakaka!!!

KUALA LUMPUR 19 April - AirAsia akan menambah kekerapan penerbangannya bagi laluan Kuala Lumpur-Manila (MNL) daripada dua kali kepada tiga kali sehari, begitu juga bagi laluan Kuala Lumpur-Banda Aceh (BTJ) daripada penerbangan harian kepada 10 kali seminggu.

Kekerapan tambahan ke Manila akan bermula 12 Julai 2015, manakala bagi Banda Aceh pada 16 Julai, kedua-duanya dikendalikan oleh AirAsia Bhd dengan kod penerbangan AK, menurut syarikat penerbangan tambang murah itu dalam satu kenyataan hari ini.

Sempena penambahan kekerapan itu, AirAsia akan menawarkan promosi istimewa dengan semua-dalam-harga tambang serendah RM216 sehala dari Kuala Lumpur ke Manila bagi kesemua tempahan yang dibuat bermula 20 hingga 26 April untuk perjalanan dalam tempoh 22 April hingga 30 Sept, 2015.

Semua-dalam-harga tambang serendah RM119 sehala turut ditawarkan bagi penerbangan Kuala Lumpur-Banda Aceh, dan tempahan bermula 20 hingga 26 April bagi perjalanan 16 Julai hingga 30 Sept, 2015.

AirAsia turut menghubungkan Malaysia dengan Filipina melalui penerbangan harian dari Kuala Lumpur ke Clark dan Kalibo - pintu masuk ke Boracay, serta ke Cebu dengan penerbangan tiga kali seminggu.

Penumpang dari Kota Kinabalu, Sabah boleh menuju ke Manila dengan penerbangan harian, dan Cebu dengan penerbangan empat kali seminggu. 

Rakyat tempatan turut tiru sindiket 'Macau Scam'

Jenayah - Utusan Online

Kera tan Utusan Malaysia semalam.

KUALA LUMPUR 18 April - Sindiket 'Macau Scam' dikesan memasuki episod terbaharu apabila tidak lagi didalangi rakyat asing sebaliknya mula ditiru rakyat tempatan untuk melakukan penipuan serupa.

Difahamkan, jika sebelum ini, rakyat China diterbangkan khas ke Malaysia untuk dijadikan operator telefon, hari ini sindiket itu mulai proses evolusi dengan menggunakan 'kakitangan' tempatan.

Selain itu, mangsa kini juga bukan lagi daripada kaum Cina sebaliknya kaum Melayu dan India turut 'terkena' dalam penipuan yang mencatatkan nilai kerugian jutaan ringgit itu.

Timbalan Pengarah Risikan dan Operasi, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) II, Datuk Abdul Ja- lil Hassan berkata, pihaknya mengesan terdapat warganegara Malaysia yang menjadi dalang dan mulai meniru modus operandi 'Macau Scam' dari China dan Taiwan.

Katanya, pihaknya telah mengesan terdapat aktiviti sebegitu berdasarkan beberapa aduan yang telah diterima baru-baru ini.

"Sindiket 'Macau Scam' ini berasal dari negara China dan telah merebak ke banyak negara terma- suk Malaysia. Biasanya penipuan ini menjadikan orang Cina sebagai mangsa serta pekerja sindiket didatangkan khas dari negara terbabit.

"Bagaimanapun, modus ope- randi sindiket itu mulai diguna pakai rakyat tempatan untuk menipu rakyat negara ini sama ada dari kaum Cina, Melayu atau India.

"Sindiket tempatan ini difahamkan belajar daripada penipuan 'Macau Scam' untuk menjalankan penipuan di negara ini. Lebih membimbangkan ramai mangsa yang telah terpedaya," ujarnya kepada Mingguan Malaysia, di sini hari ini.

Kelmarin, polis berjaya me- numpaskan kegiatan sindiket 'Macau Scam' yang dipercayai melakukan penipuan melibatkan kerugian lebih RM20 juta dengan tertangkapnya 52 orang terma- suk 26 wanita warga China dalam serbuan di enam kondominium mewah di ibu negara.

Kejayaan itu adalah yang terbesar pada tahun ini selepas polis menerima 15 laporan polis daripada mangsa dari negara China.

Sementara itu, dalam sidang akhbar di Subang Jaya, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata, Malaysia bukanlah hab kegiatan 'Macau Scam' kerana jenayah itu telah terjadi di banyak negara dengan modus operandi serupa.

"Polisi Malaysia yang mengetengahkan pendekatan mesra terhadap pelawat asing dan pelabur dari seluruh dunia telah diambil ke- sempatan sesetengah pihak untuk melakukan kegiatan jenayah. Maka dengan ini terjadilah banyak kes seperti 'Macau Scam'.

"Namun kita tidak berdiam diri sebaliknya penguatkuasaan demi penguatkuasaan dilaksanakan untuk membasmi kegiatan ini daripada terus berlaku dan sebab itulah banyak serbuan telah dilakukan di dalam negara," katanya.

Menurut beliau, PDRM juga sentiasa mendapat kerjasama daripada pihak berkuasa negara China dan berkongsi maklumat risikan dalam memantau jenayah itu daripada terus berleluasa.

Caj perkhidmatan: KPDNKK terima 412 aduan, periksa 787 premis

Ekonomi - Utusan Online
BUKIT MERTAJAM 19 April - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memeriksa 787 hotel dan restoran bagi menangani isu caj perkhidmatan di seluruh negara.

Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Alias Ahmad berkata, sehingga semalam sebanyak 412 aduan diterima dengan 88 premis diberi notis mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

"Operasi itu dijalankan bermula 8 April dan berdasarkan aduan diterima, kami akan buat siasatan sama ada berlaku pengambilan keuntungan margin tidak munasabah.

"Pengusaha diberi tempoh tiga hari untuk mengemukakan invois dan dokumen berkaitan sebelum tindakan penguatkuasaan diambil," katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan di Pasar Awam Sama Gagah, Permatang Pauh di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, KPDNKK akan terus memberi penerangan tentang pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) selain turun padang melakukan pemeriksaan secara berkala bagi meningkatkan kesedaran orang ramai.

Alias berkata, secara kumulatif setakat semalam sebanyak 120,884 premis diperiksa dan pihaknya memantau ketat terutama kadar harga jualan bahan mentah serta basah supaya tidak berlaku kenaikan yang ketara. 

Wednesday, April 15, 2015

Sultan Selangor berkenan naik pengangkutan awam

Nasional - Utusan Online

Sultan Selangor berkenan naik pengangkutan awam

Baginda menaiki transit aliran ringan (LRT) bermula pukul 11 pagi dari stesen Kelana Jaya sehingga ke stesen KL Sentral.

Setibanya di stesen KL Sentral, baginda disambut oleh Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar dan Pengarah Urusan Kumpulan MRCB, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din.

Kemudiannya, baginda diiringi untuk mencuba pengangkutan awam monorel dari stesen KL Sentral sehingga ke stesen Bukit Nenas di sini.

Lawatan baginda diakhiri dengan majlis santapan tengah hari di Hotel Concorde.

Yang turut serta dalam lawatan itu ialah Pengerusi Prasarana Malaysia Bhd. (Prasarana), Tan Sri Ismail Adam dan Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana, Azmi Abdul Aziz.

Baru-baru ini, Sultan Sharafuddin diberi taklimat oleh Prasarana di Istana Alam Shah, Klang, Selangor tentang projek tambahan LRT Line 3 yang akan menyambungkan Bandar Utama ke Johan Setia di Klang. 


Nasional - Utusan Online


Ahmad Shabery Cheek mengumumkan penurunan kadar caj bagi pakej

PUTRAJAYA 15 April - sebanyak enam syarikat penyedia jalur lebar utama di negara ini mengumumkan penurunan antara 14 hingga 57 peratus bagi kos pakej jalur lebar asas untuk perkhidmatan mudah alih dan tetap masing-masing.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, penurunan harga tersebut pada masa ini hanya melibatkan pakej jalur lebar asas untuk kedua-dua perkhidmatan tersebut.

Beliau berkata, pengurangan ketara itu merupakan komitmen kerajaan bagi menjadikan Malaysia sebagai negara digital dan lebih ramai rakyat mendapat manfaat menerusi pelaksanaan tersebut.

"Syarikat penyedia perkhidmatan Celcom Axiata Bhd. (Celcom), Digi Telecommunications Sdn. Bhd. (Digi), Maxis Bhd. (Maxis) dan U-Mobile Sdn. Bhd. (UMobile) kini menurunkan harga pakej asas masing-masing kepada RM25 bagi data bulanan sebanyak 1GB dan sekurang-kurangnya 3G HSPA.

"Secara terperinci Maxis sebelum ini menawarkan perkhidmatan jalur lebar bagi pakej terbabit dengan harga RM30 kini menurunkan kepada RM25 iaitu penurunan sebanyak 20 peratus, Celcom menurunkan harga kepada RM25 (16.7 peratus), Digi kekal pada harga RM25 manakala UMobile turun daripada RM28 kepada RM25 (11 peratus)," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar pengurangan harga untuk pakej asas jalur lebar mudah alih dan perkhidmatan tetap di sini hari ini.

Yang hadir sama Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Seri Dr. Halim Shafie dan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Sharifah Zarah Syed Ahmad.

Menurut Ahmad Shabery, bagi penyedia perkhidmatan jalur lebar talian tetap iaitu Telekom Malaysia (TM) dan TIME dotCOM Bhd. (Time dotCom) pula bersetuju untuk menawarkan pakej asas pada harga RM38 sebulan untuk 1Mbps dan kadar RM179 untuk perkhidmatan 10Mbps.

Katanya, sebelum ini harga semasa yang ditawarkan bagi kedua-dua pakej terbabit masing-masing ialah RM88 dan RM199.

Berikutan itu, katanya, penetapan harga terbaharu bagi pakej jalur lebar asas talian tetap itu kini lebih rendah sehingga 57 peratus daripada harga semasa.

Dalam pada itu, Ahmad Shabery berkata, semua harga baharu itu akan berkuatkuasa selewat-lewatnya dalam tempoh dua bulan lagi bagi perkhidmatan jalur lebar mudah alih, manakala bagi perkhidmatan tetap dijangka mengambil tempoh lebih lama lagi.

Beliau berkata, langkah itu diambil bagi memberi peluang kepada syarikat telekomunikasi terbabit membuat penukaran sistem dan perisian baharu.

Sementara itu, beliau berkata, kerajaan juga akan meneruskan kerjasama dengan syarikat telekomunikasi terbabit pada masa hadapan supaya perkhidmatan jalur lebar yang disediakan berkualiti tinggi dan laju.

Malaysia sokong lindungi warisan dunia

Nasional - Utusan Online

Malaysia sokong lindungi warisan dunia

Muhyiddin Yassin mengadakan perbincangan dengan Menteri Pengajian

PARIS 15 April – Malaysia akan terus berperanan menyokong usaha melindungi kebudayaan dan warisan di seluruh dunia sebagai keutamaan agenda Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pemusnahan artifak dan seni yang semakin meningkat kebelakangan ini adalah satu bentuk serangan kepada sejarah, identiti dan peradaban yang menjadi cabaran kepada semua pihak untuk menanganinya.

Katanya, sebab itu, adalah mendukacitakan apabila melihat banyak tapak bersejarah serta warisan kebudayaan dimusnahkan disebabkan konflik politik, sosial dan agama di seluruh dunia.

"Dalam usaha semua pihak untuk memelihara warisan di seluruh dunia bagi dikongsi bersama, kita berasa sedih apabila melihat artifak, dokumen dan seni yang menjadi sebahagian daripada sejarah dan peradaban dimusnahkan," katanya.

Muhyiddin berkata demikian ketika berucap merasmikan Pameran Seni dan Kebudayaan Tidak Ketara Malaysia di Ibu Pejabat UNESCO di sini malam tadi.

Yang hadir sama Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dan Timbalan Ketua Pengarah UNESCO, Getachew Engida.

Pameran yang menghimpunkan pelbagai khazanah seni dan budaya di Malaysia termasuk batik, ukiran, tarian dan wayang kulit itu berlangsung selama tiga hari sehingga Khamis.

Sementara itu, kata Muhyiddin, Malaysia sendiri sedang mengusahakan projek yang dinamakan 'Kuasa Budaya: Usaha Menyokong Pengurusan Komuniti dan Pembangunan Mapan Tapak Warisan di Asia Tenggara menerusi kerjasama Pejabat UNESCO Jakarta.

"Menerusi projek ini, kami berharap mampu melahirkan satu kaedah bagaimana membentuk pelancongan yang mapan, memenuhi falsafah UNESCO dalam meningkatkan serta mengintegrasikan aspek alam sekitar, ekonomi dan sosial kepada pembangunan negara," katanya.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri berkata, kepelbagaian kesenian dan budaya adalah warisan yang tiada galang ganti serta menjadi sumber kekayaan intelektual.

Katanya, sebab itu, dipilih menjadi salah satu anggota Jawatankuasa Warisan Dunia adalah satu pengiktirafan besar buat Malaysia kerana dapat menyumbang ke arah memelihara dan memulihara khazanah dunia.

"Malaysia sendiri dilimpahi dengan aset tidak ternilai sama ada dalam bidang kebudayaan mahu pun keindahan alam. Rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama telah membentuk khazanah negara," katanya.

Tuesday, April 14, 2015

GST: 88,600 premis perniagaan diperiksa

Nasional - Utusan Online

GST: 88,600 premis perniagaan diperiksa

"Kita telah melakukan 152 pemeriksaan bersepadu bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) melalui tindakan penguatkuasaan 'Ops Pematuhan GST Catut'.

"Dalam tempoh tersebut juga sebanyak 535 pengeluaran notis di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 telah dikeluarkan kepada peniaga untuk mendapatkan penjelasan dan justifikasi punca kenaikan harga atau caj perkhidmatan tidak munasabah di pasaran," katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Negara di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Toh Puan Zaitun Mat Amin yang ingin tahu mengenai operasi penguatkuasaan yang telah dilaksanakan sepanjang 2014 dan pencapaiannya serta keberkesanan Operasi Antipencatutan (Ops Catut) Fasa Kedua.

Hasan berkata, jika pihak peniaga berkenaan gagal memberikan sebab dan didapati bersalah melanggar peraturan yang ditetapkan, pihak kementerian akan mengambil tindakan termasuk merampas barangan mereka, mengenakan penalti atau mendakwa mereka di Mahkamah Seksyen Khas yang mengendalikan kes berkaitan GST.

Katanya, Ops Catut Fasa Kedua yang bermula pada 1 April lalu bertujuan memastikan peniaga mematuhi undang-undang yang ditetapkan dan mematuhi kehendak pelaksanaan GST.

Dalam sidang media di lobi Parlimen kemudiannya, Anggota Parlimen Kuala Pilah itu menjelaskan, untuk tempoh sepanjang pelaksanaan GST iaitu 1 April hingga semalam, sejumlah RM32,500 kompaun telah dikeluarkan dan sebanyak RM48,688.50 nilai rampasan dicatat.

"Sepanjang Ops Catut Fasa Kedua ini, sebanyak 218 kes dikesan dengan 103 kes melibatkan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011, 107 kes Akta Timbang dan Sukat 1972, lima kes Akta Perihal Dagangan 2011 dan tiga kes Akta Perlindungan Pengguna 1999," katanya. - BERNAMA

Pelajar Malaysia guna kapal keluar dari Yemen

Nasional - Utusan Online

Pelajar Malaysia guna kapal keluar dari Yemen

Mengulas lanjut, Muhammad Nasiruddin berkata, situasi keseluruhan di Yemen ketika ini memang berbahaya dan terdapat beberapa tempat di sana berada dalam keadaan kritikal.

Bagaimanapun, katanya, Kedutaan Besar Malaysia di Yemen dan Konsulat Jeneral di Jeddah serta Majlis Keselamatan Negara (MKN) banyak memberikan kerjasama dalam proses membawa keluar rakyat Malaysia.

"Keadaan di sana agak kritikal tetapi kedudukan rakyat Malaysia masih selamat dari kawasan kon­flik," jelasnya.

Sementara itu, Duta Besar Malaysia Ke Oman, Umardin Abdul Mutalib berkata, seramai 168 pelajar Malaysia yang sudah berada di Salalah, Oman dijangka tiba ke tanah air menggunakan tiga pener­bangan pada malam ini dan esok.

"Selain itu, seramai 174 pelajar Malaysia juga dijangka pulang esok setelah bertolak dari Hadramaut dengan menggunakan lima buah bas dan dijangka tiba di Mazyunah, Oman pada pukul 11.30 malam waktu tempatan.

"Buat masa ini proses pemindahan berjalan lancar dan kita sedang mengemaskini proses kemasukan pelajar serta sediakan kemudahan tempat penginapan dan perjalanan mereka. Malah, beberapa petugas telah bersedia di sempadan untuk melicinkan proses pemindahan dengan pihak berkuasa Oman," katanya.



It's me. 

Caj perkhidmatan 10 peratus dihapuskan?

Nasional - Utusan Online

Caj perkhidmatan 10 peratus dihapuskan?

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata, kajian terperinci dari segi undang-undang perlu dijalankan terlebih dahulu kerana jika dihapuskan ia akan memberi kelebihan kepada pengguna.

"Jika dihapuskan, pengguna ha­nya perlu membayar harga barang dan perkhidmatan sahaja tanpa caj sampingan dan pihak majikan tidak boleh memanipulasi pekerja mereka.

"Pihak kementerian ti­dak mahu isu caj perkhidmatan ini mengelirukan pengguna selepas pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kerana kebanyakan pengguna beranggapan ia adalah caj di bawah Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)," kata beliau dalam kenyataannya di sini hari ini.

Hasan berkata, orang ramai dan pertubuhan bu­kan kerajaan (NGO) turut mempersoalkan sama ada hasil kutipan caj perkhidmatan itu disalurkan kepada pekerja atau keuntungan sampingan syarikat.

Dalam hal ini, beliau menjelaskan, kutipan tersebut seharusnya diberikan oleh pengguna atas layanan dan perkhidmatan pekerja kepada pengguna.

"Caj perkhidmatan bagi industri perhotelan adalah tetap pada kadar 10 peratus manakala caj perkhidmatan bagi industri makanan dan minuman adalah dari lima hingga 10 peratus," katanya.

Menurutnya lagi, peraturan penandaan atau notis caj perkhidmatan untuk restoran dan hotel di negara ini telah dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara bagi tujuan menyeragamkan saiz perkataan serta perkataan yang akan digunakan untuk notis berkenaan.

Beliau berkata, pengguna boleh membuat aduan jika terdapat mana-mana restoran atau hotel yang tidak memaklumkan mengenai caj perkhidmatan yang akan dikenakan dalam menu atau senarai harga di premis masing-masing.

Sunday, April 12, 2015

Bagi bot besar boleh keh? lol

Nasional - Utusan Online

Daerah dibekal bot kecil hadapi banjir


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, pihaknya akan menyalurkan bot berkenaan bersama sebuah enjin 15 kuasa kuda dalam masa terdekat.

Kata beliau, bot itu penting kerana boleh digunakan dalam saat kecemasan selain di kawasan sempit sebelum menunggu bantuan daripada agensi keselamatan tiba.

"Bot ini akan disimpan di pejabat daerah. Kita juga galakkan wakil rakyat menyumbang tambahan bot sebagai khidmat kepada masyarakat. Bot itu boleh memuatkan enam orang dan berharga kurang daripada RM8,000 bersama sebuah enjin kecil," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Pertubuhan Gerakan Bencana Malaysia di sini, hari ini.

Shahidan seterusnya memberitahu, pada masa akan datang, jentera hadapan menghadapi bencana adalah pegawai daerah dan bukannya agensi kerajaan termasuk Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Beliau yang juga Pengerusi MKN berkata, pegawai daerah akan bertanggungjawab memberi arahan kepada penduduk, iaitu selepas hasil perbincangan dengan agensi keselamatan.

"Justeru, kita mahu setiap daerah mempunyai kelengkapan seperti bot serta bergerak sendiri di saat kecemasan dan bukannya semata-mata hanya menunggu tindakan daripada MKN dan agensi lain. Pegawai MKN bertindak sebagai sekretariat yang hanya berada di peringkat negeri sahaja. Kita akan mengadakan simulasi bersepadu bencana yang melibatkan semua pihak ini tidak lama lagi," ujarnya.

Industri rumpai laut berpotensi besar di Sabah

Nasional - Utusan Online


Industri rumpai laut berpotensi besar di Sabah

METRA SYAHRIL MOHAMED
13 April 2015 1:39 AM

ISMAIL SABRI YAAKOB dan Jaujan Sambakong (empat dari kiri) menunjukkan

SEMPORNA 12 April - Industri rumpai laut khususnya di kawasan perairan atau kepulauan di daerah ini dilihat berpotensi besar untuk dimajukan dan dikembangkan sekali gus memberi pulangan lumayan kepada peng­­usahanya.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, walau bagaimanapun industri yang 'termaktub' di dalam salah satu projek di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) itu berdepan beberapa isu termasuk isu monopoli harga.

Untuk itu, jelasnya, kemente­riannya akan mewujudkan sebuah pusat pengumpulan rumpai laut bagi membolehkan hasil hidupan laut itu dapat terus dipasarkan tanpa melalui orang tengah.

"Oleh kerana ada sebuah sahaja kilang memproses rumpai laut di sini dan monopoli (harga), kita akan mendirikan kilang sama. Jadi, hasil pengusaha dapat dihantar terus ke kilang yang diwujudkan kerajaan itu, mungkin diuruskan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK).

"Kita mahu memperluaskan in­dustri ini, bukan dikuasai syarikat-syarikat besar sahaja," katanya dalam sidang akhbar selepas melawat Ladang Rumpai Laut PPK Semporna di Pulau Ligit-Ligitan, dekat sini hari ini.

Yang turut hadir Pembantu Men­teri Pertanian dan Industri Maka­nan negeri, Datuk Musbah Jamli dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulabayan, Datuk Jaujan Sambakong.

Ismail Sabri memberitahu, cadangan mewujudkan pusat pengumpulan dan kilang itu akan dilakukan menerusi bajet Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11).

"Kita akan bina kilang di sini ke­rana Semporna merupakan pengeluar terbesar rumpai laut. Kita akan perluaskan lagi, banyak lagi kawasan pulau yang boleh diwujudkan ladang-ladang rumpai laut," katanya.

Tahniah Kelab Bola Sepak Ipoh Friday’s

Bola Sepak - Utusan Online


Tahniah Kelab Bola Sepak Ipoh Friday's

13 April 2015 1:39 AM

KUALA LUMPUR 12 April – Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada Kelab Bola Sepak Ipoh Friday's di atas kejayaan memenangi Kejohanan Bola Sepak 1Malaysia semalam.

Perdana Menteri turut berharap kemenangan itu akan menjadi pemangkin kepada pasukan tersebut untuk terus berjaya sebagai pemain profesional pada masa hadapan.

"Semoga peluang menghadiri kem bola sepak khas dengan Pengalaman Kampus Yayasan Real Madrid dimanfaatkan sebaik-baiknya," katanya melalui laman Facebook beliau hari ini.

Kelab Bola Sepak Ipoh Friday's muncul juara kejohanan setelah menundukkan SPT Indians Football Association dari Pulau Pinang dalam perlawanan akhir dengan jaringan 2-0.

Kejayaan itu melayakkan Kelab Bola Sepak Ipoh Friday's menerima hadiah wang tunai dan piala serta berpeluang menjalani latihan di bawah Pengalaman Kampus Yayasan Real Madrid yang dijangka diadakan di Kuala Lumpur.

Friday, April 10, 2015

Gaji PM Singapura tertinggi di dunia

Gaji PM Singapura tertinggi di dunia | Berita Harian


Gaji PM Singapura tertinggi di dunia

SINGAPURA: Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, tersenarai sebagai pemimpin negara yang memperoleh gaji tahunan paling tinggi di kalangan pemimpin dunia sebanyak AS$1.7 juta (RM6.1 juta).

Laporan International Business Times menyebut pendapatan Hsien Loong itu dianggap tinggi untuk pemimpin sebuah negara yang kecil.

Ia memerlukan gabungan pendapatan pemimpin Perancis, Jerman, Itali, Jepun dan United Kingdom (UK) untuk menyamai pendapatan Hsien Loong.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama berada di tempat kedua dengan pendapatan sebanyak AS$400,000 (RM1.4 juta) setahun, diikuti Perdana Menteri Kanada, Stephen Harper dan Canselor Jerman, Angela Merkel dengan masing-masing memperoleh pendapatan tahunan sebanyak AS$260,000 (RM942,232) dan AS$234,400 (RM849,459). -AFP

Sultan tidak berkenan slogan ‘Kita Lawan’

Nasional - Utusan Online


Sultan tidak berkenan slogan 'Kita Lawan'

KAMIL MASLIH
11 April 2015 2:00 AM

Sultan Sharafuddin Idris Shah meletakkan tangan sebagai gimik

KUALA LUMPUR 10 April - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak berkenan dengan langkah Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor yang menggunakan slogan 'Kita Lawan' bagi Kontinjen Selangor dalam Sukan Malaysia (Sukma) 2016.

Titah baginda, slogan itu telah digunapakai dan diadaptasi oleh sebuah parti politik dan ternyata bertentangan dengan peranan sukan sebagai platform perpaduan.

Baginda turut membuat peringatan supaya badan-badan sukan, atlet dan para penyokong mengetepikan fahaman politik dan tidak membawanya ke dalam pentadbiran sukan.

"Beta tidak mahu masyarakat umum tersalah tafsir atau meng­anggap bahawa Kontinjen Selangor mencampur-adukkan atau cuba berpolitik dalam sukan.

"Beta berpendapat adalah lebih baik Kontinjen Selangor untuk Sukma 2016 mencari slogan lain yang lebih bersemangat dan dapat berbangga mewakili negeri Selangor serta tidak mempunyai kontroversi yang boleh membawa nama baik kepada para atlet, pasukan dan negeri Selangor yang kita kasihi ini," titah baginda.

Baginda bertitah demikian dalam Majlis Anugerah Sukan Negeri Sela­ngor 2014 yang turut dihadiri Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali dan Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan Selangor, Ami­rudin Shari, di sini malam ini.

Sultan Sharafuddin memulakan titahnya malam ini dengan menjelaskan bahawa baginda jarang memberikan titah ucapan di majlis-majlis Anugerah Sukan Negeri Se­langor sebelum ini namun berbuat demikian kerana ingin memberikan amanat dan pesanan demi pemba­ngunan sukan negeri.

Sebelum ini, baginda pernah mengingatkan semua pihak agar tidak mempolitikkan isu air demi kepentingan rakyat dan mahu perjanjian penstrukturan perkhidmatan air di negeri Selangor dimuktamadkan dengan segera.

Dalam titah ucapan itu, baginda turut melahirkan kebimbangan terhadap kemunduran sukan negeri Selangor apabila gagal menyerlah dalam banyak arena termasuk kejohanan Sukma serta kegagalan pasukan bola sepak Selangor menjuarai Piala Malaysia, malah tidak layak sampai ke peringkat akhir.

Sedangkan titah baginda, kerajaan negeri telah banyak menyediakan kemudahan sukan sama ada 'indoor' atau 'outdoor' di setiap daerah termasuklah kemudahan bagi sukan bola sepak dan badminton yang merupakan sukan popular dalam kalangan rakyat.

"Apa yang membimbangkan beta ialah akhir-akhir ini beta dapati pentadbiran dan pengurusan beberapa kelab dan persatuan sukan di Selangor menghadapi masalah dalaman yang mengakibatkan ke­gagalan dan kemunduran sukan.

"Negeri Selangor telah mencapai tahap negeri maju, tetapi akhir­-akhir ini bidang sukannya telah merosot dan mundur serta tidak mengikuti kemajuan yang dicapai oleh negeri Selangor," katanya.

Sementara itu, Sultan Sharafuddin bertitah, pengurusan kewangan di sesetengah persatuan sukan juga didapati banyak menimbulkan masalah yang serius disebabkan kurang perancangan jangka panjang dan tidak mempunyai peruntukan kewangan yang seimbang.

Titah baginda, keadaan yang negatif itu jika berterusan akan melemahkan semangat para atlet dan pemain yang akhirnya akan menjejaskan prestasi mereka.

CCM perluas biosimilar industri perubatan

Nasional - Utusan Online


CCM perluas biosimilar industri perubatan

Muzdalifah Mustapha
11 April 2015 1:59 AM

SEOUL 10 April - Chemical Company Malaysia Bhd. (CCM) yakin mampu memperluaskan bidang bioteknologi biosimilar dalam industri perubatan negara dan menjadi salah sebuah syarikat farmaseutikal yang menguasai bidang tersebut di peringkat antarabangsa.

ABD. RAHMAN ABDULLAH THANI

Pengarah Bahagian Perhubu­ng­an Kerajaan CCM, Abd. Rahman Abdullah Thani berkata, keyakinan itu mengambil kira CCM sebagai syarikat biofarmaseutikal pertama menceburi bidang biosimilar serta syarikat pertama bioterapeutik yang dibangunkan dalam negara dan menjadi syarikat kedua yang membangunkan Alfa-Epoetin biosimilar secara global.

Sehubungan itu, katanya, CCM yang menjalin kerjasama dengan syarikat bioteknologi Korea, PanGen Biotech, Inc. (PanGen) telah merintis ujian klinikal Fasa III untuk biosimilar erythropoietin (EPO) bagi me­rawat anemia dalam kalangan pesakit buah pinggang yang berada di tahap akhir.

"Sudah tiba masanya negara menggunakan dadah jenis erythropoietin yang lebih berkualiti, selamat dan berkesan menerusi biosimilar. Sasaran CCM adalah untuk memulakannya dan jika sebelum ini biosimilar tidak dikenali tetapi selepas CCM menceburinya, industri perubatan sudah mula membuka ruang untuk bidang itu.

"Meskipun bioteknologi biosimilar memerlukan modal yang tinggi tetapi merupakan satu perniagaan yang dijangka berkembang pada kadar pertumbuhan purata tahunan sebanyak 12 peratus di Asia dan mencecah sehingga kira-kira RM8 bilion bagi rantau Asia Tenggara menjelang tahun 2020," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri sesi penerangan berhubung teknologi biosimilar bersama PanGen di Seoul, Korea.

Abd. Rahman berkata, CCM sememangnya berada pada landasan yang tepat dalam memperluaskan bidang biosimilar berdasarkan garis pan­duan yang ketat menerusi Biro Kawalan Farmaseutikal Antarabangsa.

Menurutnya, CCM juga telah mengambil langkah meningkatkan penglibatan kerjasama dengan PanGen yang mempunyai kepakaran dalam bidang biosimilar menerusi pembelian 11.6 peratus kepentingan ekuiti dalam syarikat bioteknologi Korea itu.

Dalam hubungan itu, katanya, CCM juga melantik penasihat perubatan yang berpengalaman supaya ujian klinikal biosimilar yang dijalankan dapat terus diamalkan dengan betul dan selamat oleh pihak hospital ke atas pesakit.

"CCM juga akan membantu PanGen untuk memperluaskan hasil penyelidikan mereka ke negara-negara luar kerana langkah itu akan memberi pulangan kepada syarikat berikutan menjadi pemegang saham dalam PanGen.

"Melalui usaha itu CCM menjangkakan hospital-hospital yang menggunakan biosimilar akan mendapat kesan positif kerana subsidi akan diberikan oleh kerajaan dalam penggunaan bioteknologi biosimilar," katanya.

Biosimilar dibangunkan dengan menggunakan kandungan genetik dan direka bentuk untuk mengandungi tindakan mekanisme yang sama dalam hal keselamatan dan keberkesanan seperti yang terdapat di produk-produk biofarmaseutikal sedia ada.

Naib Presiden Botswana kunjungi TPM

Politik - Utusan Online



Naib Presiden Botswana kunjungi TPM

11 April 2015 1:51 AM
MUHYIDDIN YASSIN menerima kunjungan hormat Mokgweetsi Eric Masisi sempena lawatan kerja Naib Preside
PUTRAJAYA 10 April – Naib Presiden Botswana, Mokgweetsi Eric Masisi melakukan kunjungan hormat ke atas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini sempena lawatan kerjanya ke Malaysia.
Dalam pertemuan sejam di sebuah hotel di sini, kedua-dua pe­mimpin antara lain berbincang me­ngenai langkah untuk memperkukuh hubungan sedia ada, pelaburan dan kerjasama dalam pendidikan.
Semasa lawatan lima harinya ke Malaysia mulai Selasa, Masisi diiringi Menteri Pentadbiran Awam dan Hal Ehwal Presiden Botswana, Eric Molale serta beberapa pegawai kanan kerajaan.
Menurut kenyataan Wisma Putra, Masisi turut dijadual bertemu Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksa­naan (Pemandu), Datuk Seri Idris Jala serta menghadiri sesi taklimat oleh Talent Corporation Malaysia Bhd. (TalentCorp).
Jumlah perdagangan dua hala antara Botswana dan Malaysia tahun lepas berada pada AS$1.77 juta dengan barangan dagangan meliputi perkakas dan bahagian jentera, kimia dan bahan kimia serta kertas dan palpa.
Kunjungan berprofil tinggi yang pernah dibuat dari Botswana ke Malaysia ialah pada 2000 oleh Pre­siden Botswana ketika itu, Festus Mogae. – BERNAMA


‘Ulat’ rakus kenakan tambang RM800

Nasional - Utusan Online



'Ulat' rakus kenakan tambang RM800

Che Hasni Che Ahmad (kanan) melihat sepuluh kenderaan yang berjaya

SEPANG 10 April - Walaupun Suruhanjaya Pengangkutan Awam Da­rat (SPAD) melakukan pe­nguatkuasaan setiap hari, namun ulat-ulat dan pengusaha kereta sapu seakan-akan tidak gentar dan masih bermaharajalela di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) termasuk di terminal klia2.

Terbaharu, ulat-ulat yang tamak ini bertindak menawarkan tambang sehingga RM800 untuk perjalanan ke sekitar Kuala Lumpur.

Caj ini 10 kali ganda lebih mahal berbanding tambang teksi berkupon yang berharga cuma kira-kira RM80 untuk perjalanan yang sama.

Mendedahkan demikian, Pe­ngurus Besar Bahagian Penguat­kuasaan SPAD, Datuk Che Has­ni Che Ahmad berkata, ulat-ulat tersebut sering menyasarkan pe­lancong asing dan perbuatan mereka yang tamak telah mencemarkan imej pemandu teksi Malaysia di mata dunia.

"Ulat-ulat ini mengenakan harga yang berbeza mengikut sasaran, mereka tergamak mengenakan tambang sehingga RM400, RM600 malahan RM800 kepada pelancong dari Asia Barat yang kelihatan kaya.

"Untuk pelancong atau pekerja asing yang nampak kurang berada pula, mereka akan menawarkan harga lebih murah," katanya kepada pemberita selepas mengetuai operasi penguatkuasaan di kedua-dua lapangan terbang itu di sini semalam.

Hasil daripada operasi itu, sembilan pengusaha kereta sapu yang menjalankan perniagaan pengangkutan awam tanpa lesen dan empat ulat telah ditahan.

Kesemuanya dimasukkan ke dalam lokap di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang sementara menunggu pendakwaan di mahkamah.

Che Hasni berkata, ulat-ulat yang mendesak penumpang menggunakan perkhidmatan mereka boleh didakwa di bawah Seksyen 205 Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010 dan jika disabit kesalahan, akan dikenakan denda tidak lebih RM50,000 atau dipenjarakan tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

"Pengusaha kereta sapu boleh didakwa di bawah Seksyen 16 APAD 2010 yang membawa hukuman denda sehingga RM10,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya sekali.

"Selain itu, kenderaan yang digunakan sebagai kereta sapu juga boleh dilucut hak milik. SPAD dalam operasi ini telah menyita sembilan kenderaan yang disyaki digunakan sebagai kereta sapu di KLIA (enam buah) dan klia2 (tiga buah)," katanya.

Mengenai operasi bersepadu semalam, Che Hasni berkata, pihak SPAD telah melakukan risikan selama empat hari di KLIA dan klia2 untuk mengenal pasti ulat-ulat yang bertapak di situ.

"SPAD antaranya telah memanfaatkan kamera litar tertutup (CCTV) di lapangan terbang untuk mengenal pasti ulat-ulat ini. Kebanyakan ulat yang ditangkap berumur 30-an dan 40-an," katanya.

Menurut Che Hasni, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) yang turut menyertai operasi tersebut turut mendapati lima pemandu teksi dan pengusaha kereta sapu positif dalam pemeriksaan dadah yang dijalankan.

"Selain itu, seorang pemandu limosin turut dikenakan tindakan kerana mengambil penumpang di lapangan terbang walaupun mereka tidak diizinkan berbuat demi­kian," katanya.

5 tips bagaimana untuk menjana duit sebanyak RM100 sehari melalui Internet

Ini adalah siri pertama dalam 5 tips bagaimana untuk menjana duit sebanyak RM100 sehari melalui Internet.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Nama saya Ghafar Othman.

​Mula-mula sekali saya ingin ucapkan terima kasih kerana menyertai mailing list saya ini. Dalam masa beberapa hari, saya akan menceritakan pelbagai tips bagaimana untuk menjana duit yang mudah melalui Internet. Teknik-teknik ini mudah sekali dah boleh diceritakan melalui Internet sahaja. Saya akan berkongsi dengan anda pelbagai teknik-teknik menjana duit yang mudah dan tanpa modal. Saya menyeru untuk anda terus membuka dan membaca email-email saya ini. Tiada risiko dan tiada apa-apa kerugian untuk mendengar mengenainya.

Apa yang anda akan dapat dengan pendapatan RM100 sehari. Ada 20 hari bekerja dalam sebulan. Jadi, selepas ini, anda akan mula memperolehi RM2,000 sebulan tambahan kepada gaji bulanan anda sekarang. Semua ini boleh diperolehi tanpa pergi mana-mana. Hanya melalui komputer anda atau hanya dengan smartphone anda dan boleh dilakukan pada bila-bila masa mungkin semasa boring menunggu bas dan lain-lain lagi.

Sebelum anda mula menjana duit, saya akan beri 5 sebab mengapa menjana duit melalui Internet adalah pilihan yang terbaik untuk anda menjana pendapatan tambahan setiap bulan berbanding dengan lain-lain perniagaan. 

Ia adalah :

1. Tiada modal
Tiada modal langsung diperlukan untuk mula buat duit Internet ini. Apa yang anda perlu hanya sebuah komputer/laptop/Ipad/tablet atau HP sahaja untuk mula buat duit. Jika dibandingkan dengan perniagaan lain seperti membuka gerai, restoran atau meniaga pasar malam anda perlukan sekurang-kurangnya RM20,000 sebagai modal permulaan. Ini tidak termasuk modal untuk perbelanjaan bulanan seperti bil air, bil elektrik, gaji pekerja dan lain-lain lagi. Jika anda memasuki apa-apa MLM pun seperti Amway dan lain-lain lagi, anda perlu sekurang-kurangnya RM2,000. Melalui teknik Internet marketing, Adsense atau lain-lain lagi, anda tidak perlu duit satu sen pun untuk mula menjana pendapatan tambahan anda.

2. Anda perlu masa untuk mula buat duit
Untuk pendapatan cara lain, anda perlu menghabiskan banyak masa sebelum anda dapat mula menjana perniagaan. Sebagai contohnya untuk membuka sebuah restoran, anda perlu meminta lesen perniagaan, lesen perbandaran dan pelbagai lesen lagi. Juga untuk menyewa kedai, anda perlu membayar duit muka, sign kontrak sewa dan juga ambil masa untuk melakukan renovation kedai. Melalui Internet, anda hanya perlu daftar nama, alamat email dan terus mulakan perniagaan anda.

3. Masa setiap hari
Selain dari masa untuk memulakan perniagaan itu, anda juga perlu meluangkan banyak masa anda setiap hari. Sebagai contoh, menjual di pasar malam, anda perlukan dari petang hingga ke malam untuk mendapatkan keuntungan yang sama dengan pendapatan melalui Internet yang boleh dijana dalam masa 1 jam sahaja. Bermakna pendapatan dalam 1 jam di Internet adalah sama dengan pendapatan hampir 2 minggu melakukan apa-apa yang lain. Itupun, selalunya hanya boleh mula benar-benar untung hanya selepas balik modal dalam masa beberapa bulan sahaja. Melalui Internet, oleh kerana tidak ada satu sen modal pun, anda boleh dapat untung dalam masa beberapa minit sahaja. Anda hanya perlu satu atau dua jam sehari sahaja selepas kerja untuk melakukannya. Kalau memakai smartphone, anda boleh lakukannya semasa tunggu bas atau LRT sahaja.

4. Risiko yang rendah
Tiada apa-apa risiko pun untuk melakukan perniagaan Internet ini. Jika anda lakukan perniagaan membuka kedai, anda perlu belanja modal yang besar sekali dan tunggu beberapa bulan baru boleh balik modal. Jika anda melakukan perniagaan pasar malam, jika hujan kuranglah pendapatan anda walhal sewa tetap perlu dibayar. Pekerja masih perlu di bayar. Melalui Internet, modal adalah kosong, jadi tiada risiko apa-apa. 

5. Masa yang anda pilih sendiri
Dengan duit melalui Internet, anda boleh memilih masa yang sesuai untuk anda melakukan perniagaan ini. Tidak perlu antara jam 9 pagi ke 5 petang atau pada malam sahaja. Dengan smartphone, anda boleh lakukan bila-bila masa sahaja semasa menunggu bas, semasa menunggu pesanan makanan dan lain-lain. Anda bebas memilih waktu untuk bekerja anda.

Baiklah, minggu depan pula saya akan ceritakan tentang teknik menjana wang melalui affiliate & Internet marketing. Kesilapan-kesilapan yang selalu di lakukan dan mencungkil rahsia bagaimana untuk berjaya menjana wang sebanyak RM100 sehari dengannya.

Pindaan Akta Hasutan cipta rekod, dilulus selepas 14 jam dibahas

Nasional - Utusan Online

Pindaan Akta Hasutan cipta rekod, dilulus selepas 14 jam dibahas

10 April 2015 4:27 PM

KUALA LUMPUR 10 April - Perbahasan terhadap pindaan Akta Hasutan 1948, mencipta rekod apabila diluluskan selepas kira-kira 14 jam dibahaskan di peringkat dasar dan jawatankuasa.

Pindaan Akta Hasutan 1948 yang diluluskan dengan pindaan, mula dibahaskan pada 11.30 pagi Khamis, sebelum diluluskan pada 2.30 pagi ini berdasarkan undian suara.

Antara isu utama yang hangat diperdebatkan anggota Parlimen termasuk kekhuatiran akta itu menjurus kepada penyalahgunaan kuasa susulan definisi 'kecenderungan menghasut' dalam rang undang-undang itu, yang disifatkan kurang jelas dan boleh menjurus kepada penyalahgunaan oleh pihak berkuasa apabila akta itu diwartakan kelak.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu di Dewan Rakyat, bagaimanapun memberi jaminan bahawa penyalahgunaan tidak akan berlaku dalam penguatkuasaan akta tersebut kerana sesuatu kes akan dibawa ke mahkamah hanya selepas pihak pendakwaan mempunyai bukti kukuh.

Ini kerana, beliau berkata sekiranya seseorang ditangkap dan disiasat di bawah akta itu, tidak semestinya akan didakwa di mahkamah.

"Perkara itu bergantung kepada Peguam Negara, jika dia yakin ada kes baru, pendakwaan akan dibuat. Kita ada banyak kes di mana polis jalankan siasatan tapi pendakwaan tidak dibuat oleh Peguam Negara," katanya.

Berhubung definisi 'hasutan', Ahmad Zahid berkata ia telah dinyatakan secara jelas di bawah rang undang-undang berkenaan.

Ahmad Zahid dalam hujahnya beberapa kali, menegaskan bahawa langkah mengekalkan Akta Hasutan 1948 adalah perlu demi melindungi kepentingan rakyat tanpa mengira kaum dan agama bagi mencegah sesuatu yang buruk daripada berlaku di negara ini.

Ini kerana, katanya akta itu yang telah sekian lama digunakan terbukti keberkesanannya sebagai alat paling berkesan untuk menghadapi isu-isu berbaur hasutan dalam memastikan keamanan yang dikecapi selama ini akan terus terpelihara. - BERNAMA

Dasar kepelbagaian penyumbang ketara kepada dividen 2014 - KWSP

Ekonomi - Utusan Online


Dasar kepelbagaian penyumbang ketara kepada dividen 2014 - KWSP

"Prestasi kukuh bagi tahun kewangan 2014 adalah hasil langsung daripada strategi kepelbagaian KWSP yang menyaksikan ia menyalurkan lebih banyak dana ke dalam aset antarabangsa dan merangkumi kelas aset lebih luas," kata Shahril Ridza dalam taklimat media di sini hari ini, bersempena Laporan Tahunan 2014 agensi itu.

Beliau berkata pelaburan di seberang laut hanya meliputi 23 peratus daripada aset keseluruhan KWSP (setakat akhir tahun kewangan 2014).

"Ia membawa pulangan lumayan dengan sumbangan kira-kira 33 peratus kepada pendapatan kami tahun lepas," katanya.- BERNAMA


Thursday, April 9, 2015

Nasional - Utusan Online



Restoran, hotel dilarang 
kutip caj perkhidmatan

SHARAIMEI SHAIK AHMEDULLAH
07 April 2015 2:31 AM

T. SUBROMANIAM (kanan) menunjukkan contoh invois yang mematuhi

PUTRAJAYA 6 April - Restoran dan hotel tidak dibenarkan mengenakan caj perkhidmatan jika majikan dan pekerja tidak mempunyai Perjanjian Bersama, berkuat kuasa hari ini.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Alias Ahmad berkata, restoran juga diwajibkan mempamerkan notis jika mahu mengenakan caj perkhidmatan, yang berkuat kuasa hari ini sehingga satu dasar baharu diwujudkan.

Beliau berkata, pemberi perkhidmatan perlu menjelaskan alasan mengenakan caj perkhidmatan kepada pengguna kerana caj tersebut, yang merupakan amalan antarabangsa, adalah di luar mana-mana kawalan dan terikat antara pengguna dan pemberi perkhidmatan.

"Sekiranya berlaku pelanggaran arahan ini pengguna dikehendaki melaporkan kepada KPDNKK dan kita akan siasat sama ada di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011, Akta Perihal Dagangan atau Akta Perlindungan Pengguna," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar taklimat cukai barang dan perkhidmatan (GST) di Bangunan Kementerian Kewangan di sini hari ini.

Yang hadir sama, Pengarah GST Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Datuk T. Subromaniam.

Menurut Alias, tindakan tegas itu terpaksa diambil selepas mengambil kira pandangan orang ramai yang membantah pelaksanaan caj tersebut dan tiada badan khusus mengawal selia pelaksanaan caj perkhidmatan sehingga menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pengguna.

Mengulas lanjut, beliau berkata, keputusan itu dibuat di peringkat kementeriannya dan akan dilaksanakan sehingga polisi baharu diperkenalkan oleh kerajaan.

Berikutan itu, Alias berkata, penyedia perkhidmatan perlu secara terbuka mempamerkan jenis perkhidmatan yang disediakan kepada pengguna dan pelanggan mesti mendapat perkhidmatan tersebut.

"Penyedia perkhidmatan mesti tahu apa servis yang diberikan, kalau perkhidmatan yang diberikan memerlukan pengguna membayar di kaunter dan bukan datang ke meja jadi ini perkhidmatan jenis apa, jadi mereka perlu memberi penjelasan kepada pengguna mengapa dikenakan caj ini di restoran," katanya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai aduan GST, katanya, sehingga semalam pihaknya menerima sebanyak 2,494 kumulatif aduan berkaitan anti pencatutan GST menerusi sistem e-aduan, manakala aduan yang diterima menerusi media sosial Facebook dan Twitter masing-masing sebanyak 230 aduan dan 226 aduan untuk semalam sahaja.

"Berdasarkan statistik aduan yang diterima menerusi e-aduan pada Sabtu dan semalam masing-masing sebanyak 269 aduan dan 181 aduan diterima, aduan berkaitan kad tambah nilai telefon bimbit yang dikenakan GST secara relatifnya menurun kepada 44 peratus tetapi aduan kenaikan harga barang menunjukkan peningkatan berbanding Sabtu lalu kepada 823 aduan," katanya.