Friday, April 10, 2015

Naib Presiden Botswana kunjungi TPM

Politik - Utusan Online



Naib Presiden Botswana kunjungi TPM

11 April 2015 1:51 AM
MUHYIDDIN YASSIN menerima kunjungan hormat Mokgweetsi Eric Masisi sempena lawatan kerja Naib Preside
PUTRAJAYA 10 April – Naib Presiden Botswana, Mokgweetsi Eric Masisi melakukan kunjungan hormat ke atas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini sempena lawatan kerjanya ke Malaysia.
Dalam pertemuan sejam di sebuah hotel di sini, kedua-dua pe­mimpin antara lain berbincang me­ngenai langkah untuk memperkukuh hubungan sedia ada, pelaburan dan kerjasama dalam pendidikan.
Semasa lawatan lima harinya ke Malaysia mulai Selasa, Masisi diiringi Menteri Pentadbiran Awam dan Hal Ehwal Presiden Botswana, Eric Molale serta beberapa pegawai kanan kerajaan.
Menurut kenyataan Wisma Putra, Masisi turut dijadual bertemu Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksa­naan (Pemandu), Datuk Seri Idris Jala serta menghadiri sesi taklimat oleh Talent Corporation Malaysia Bhd. (TalentCorp).
Jumlah perdagangan dua hala antara Botswana dan Malaysia tahun lepas berada pada AS$1.77 juta dengan barangan dagangan meliputi perkakas dan bahagian jentera, kimia dan bahan kimia serta kertas dan palpa.
Kunjungan berprofil tinggi yang pernah dibuat dari Botswana ke Malaysia ialah pada 2000 oleh Pre­siden Botswana ketika itu, Festus Mogae. – BERNAMA


0 comments :

Post a Comment